Nurul


Assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah, and in the best of health and iman ;)

quick updates:

+ maaf da lame tak update, nak kata busy tak la sgt, just tade mood nak update. ntahla , mungkin merajuk dengan blog ni. maaf sgt kat ain, si comeyl. bape kali da sy janji dgn die nak update, tapi sy tak leyh nak tunaikan, nasib baik Allah bagi nyawa lagi, dapatla sy tunaikan janji walaupun tak la seberapa sgt. Alhamdulillah!!

+ selamat hari raya, maaf zahir dan batin. eyh! raya sebulan, so kire valid la ucapan ni, walaupun da beberapa hari raya. oh ye! NZ raya lewat sehari drpda malaysia. Allah bagi hadiah istimewa tuk warga Auckland. ^^,

+ raya kat sini meriah, ramadhan lagi meriah!!!

+ exam lagi sebulan, doakan sy ye kawan-kawan. berusaha! sila jgn malas Izzah!

+ balik malaysia lagi 53 hari. uishh tak sabar!

+ ok sampai sini shja. nanti sy update gambar ye!

hint tuk sume org:
'Bila dilanda musibah,hati tabah mula rebah,jangan biarkan dugaan rapuhkan pedoman hidup. Andai waktu itu tiba, semaikan sifat bersabar, hanya Dia saja menentu, Dan kita hanya mampu sujud'

salam syg,

Nurul


Assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman ;)



Ya Allah kurniakanlah kami lisan yg sentiasa basah mengingatiMu dan menyebut namaMU, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg penuh khusyuk, ilmu yg bermanfaat, keyakinan yg benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami (Din) cara hidup yg jitu dan amat unggul, selamat drpda segala mara bahaya dan petaka. kami mohon (ya Allah) kecukupan yg tidak terbatas. berikanlah kami Ya Allah, iman yg benar-benar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap kepada pertolongan org lain melainkan drpda Engaku sendiri. kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga kami dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yg bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri, walaupun dalam sekelip mata atau dalam masa yang lebih pendek dr itu. Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan doa (perkenankanlah).

selawat ke atas jungjungan kami Muhammad, Nabi yg mulia serta keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, menjelang sudah malam ciptaanMu, berlalu sudah siangMU, keluhan rintihan suara dan pintaan org berdoa, maka ampunkanlah dosa-dosaku.

Ya Allah ya tuhanku, Engkau maha Mengetahui, bahawa hati-hati ini telah berhimpun, semata-mata kerana mengasihiMu, menuruti PerintahMu, besatu memikul seruanmu, hati-hati ini telah membuat persetiaan bagi mendaulatkan rabbaniMU, Ya Allah, Ya Tuhanku, perteguhkanlah ikatannya. kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini dengan cahaya makrifahMU. yg tidak pernah padam. lapangkanlah hati-hati ini dgn keimanan, serta keyakinan bertawakal kepadaMU. hidup suburkanlah hati hati ini dengan makrifatmu. matikanlah hati-hati ini sbg matinya para syuhada semata-mata kerana menegakkan agamaMu.kerana engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah ya tuhanku, perkenanlah permintaan ini.

wahai Tuhanku, sejahteralah junjungan kami Muhammad keluarga dan para sahabat sekalian.

" ahlan wasahlan ya Ramadhan"

salam wrt,



Nurul

Assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman ;)

disebalik mereka sy lihat DIA yg maha mencipta
bermaksud di sebalik shabat-sahabat yg dikasihi, sy nampak kebesaran ciptaan Allah swt. subhanallah.

Alhamdulillah, thanks to khal for the award. so org next yg layak tuk dapat award ni ialah; jeng jeng jeng~!!!

1) paani
2) wanie
3) khay
4) ain
5) noure

p/s maaf tak sempat nak update blog lately. busy. ade kesempatan akan di update. IA.

salam wrt




Nurul
assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman ;)

semalam izzah baru dapat result tuk exam baru-baru ni. actually tak sume result, hanya tuk BIO 101 BIOMED 107 and BIO 104. Alhamdulillah. rasa bersyukur sgt-sgt dengan rezeki yg Allah kurniakan.=)

so berkaitan dengan result ni, izzah terpanggil tuk share something kat blog ni. sebelum ni, izzah fikir yg result sumenye berdasarkan usaha kita. kalau kita rajin, focus time belajar kompem leyh gempak arr result. tapi ternyata yg anggapan izzah tu salah. sebenarnya result exam tu Allah da tentukan sebelum kita exam pun. mmg da tercatit ape yg izzah akan dapat bila result kuar. tapi kita pasti tertnya-tnya kalau da ditentukan result buat ape nak usaha sungguh-sungguh. persoalannya, ape kita tahu result kite tu ape? tak tahu kan? oleh sebab itu kite kene berusaha. sebab konsepnya, Allah tak nilai hambanya berdasarkan result exam tapi Allah nilai hambanya berdasarkan usahanya. usaha tu yg membuahkan pahala. kalau kita pegang kuat konsep ni, kita takkan sedih kalau kita tak dapat result yg gempak, tapi kita akan bersyukur dengan apa yg kita dapat dan redha yakni berpuas hati dengan result kita. kalau kita berusaha tapi masih tak dapat ape yg dicita-citakan mungkin ade sebab kenapa kita tak dapat seperti yg diidamkan. sesungguhnya Allah takkan membebankan umatnya dengan ujian yg umatnya tak mampu lakukan.Jadi yakinlah ujian yg Allah beri kat kita tu yg terbaik tuk buat kita sedar dan semkin kuat tuk hadapi dugaan akan dtg. mungkin dengan result yg tak berapa ok tu dapat mengelakkan rasa riak dalam diri kita, dan makin worst bila kita trus berhenti berusaha kerana terlampau yakin dengan kehebatan diri. nauzubillah~!!

so lihat, betapa ptgnya kita perlu tahu konsep ni, supaya kita takkan mengungkit bila kita tak dapat sesuatu yg kita harapkan. igt kita tak boleh berkira dengan Allah. jgn sekali terdetik, ' ape ni, aku da usaha letih-letih byk ni je aku dapat?' kalau ade rase camtu cepat-cepat istighfar, mohon keampunan Allah. sesunggunya Allah tak pernah letih tuk memaafkan umatnya, kerana Allah itu maha pengampun.

ni nak share cerita ttg Nabi Isa A.S. - dipetik drpda petikan seorg sahabat di Malaysia.

Pd suatu hari Nabi Isa a.s. duduk di tepi pantai...menikmati ketenangan desiran ombak..dan ketika baginda sedang asyik menikmati ketenangan itu...tiba2 ada sesuatu yg menarik perhatiannya.

Muncul seekor haiwan pelik yg x diketahui jenisnya. Haiwan itu b'warna-warni dan b'sinar. Cantik sekali. Terpegun Nabi Isa a.s. Baginda terus memerhatikan haiwan itu. Kelakuannya sungguh m'hairankan.

Ia menggulingkan dirinya di tepi pantai sehingga seluruh tubuhnya kotor. Apabila seluruh tubuhnya telah penuh b'lumpur ia pun terjun ke dlm laut. Lalu ia keluar semula dlm keadaan sgt bersih dan b'sinar-sinar.

Setelah itu ia mengulangi perbuatannya td...menggulingkan dirinya sehingga kotor dipenuhi lumpur dan terjun semula ke lautan...kemudian keluar dlm keadaan bersih dan b'sinar-sinar....b'kali-kali ia mengulangi perbuatannya itu...terus dan terus mengulanginya.

Nabi Isa a.s yg dlm kehairanan saat itu menyedari pasti ada sesuatu yg ingin Allah s.w.t tunjukkan pdnya. Lalu baginda b'doa kpd Allah Yg Maha Bijaksana....

"Ya Allah tunjukkanlah kpdku maksud kejadian ini...", doa Nabi Isa a.s.

Lalu Allah menerima doanya dan m'berikan jawapan....

Makhluk itu diibaratkan spt hamba2Ku...mereka melakukan dosa...lalu mereka b'taubat kpdKu...kemudian Aku ampunkan mereka.." Allah menjawab.

"Lalu bagaimana pula dgn hamba2Mu yg terus melakukan dosa?", tanya Nabi Isa a.s. lg.

"Mereka melakukan dosa dan kemudian meminta ampun kembali...kemudian melakukan dosa lg dan memohon ampun kembali...sehinggalah mereka mereka penat utk melakukan dosa dan memohon keampunanKu....", jawab Allah.

"....namun Aku xkan pernah penat utk mengampunkan hamba2Ku...", Allah s.w.t mengakhiri jawapan soalan Nabi Isa a.s.

kepada sahabat di Malaysia, terima kasih sebab share cerita ni. bila bace cerita ni izzah akan rase sgt sayu. betapa baik nya Allah dengan hamba-hambanya. tapi kita? selalu lupa pada Allah. oh~!!!



ok la sampai sini dlu. hopefully kawan-kawan yg kurg bernasib baik tak mudah berputus asa. selagi Allah memberi nyawa kepada kita, jgn sekali kita berputus asa. bermujahadah para mujahid sekalian. Allahu Akhbar.


nota kaki

' jgn lupa betulkan niat belajar kita ye. Belajar kerana Allah, atas perintah Allah, bukannya kerana nak dapat keje dan kemewahan '



hentikanlah air mata mu
redha dan teruskanlah usahamu
pasti kau akan mengerti hidup ni putarannya tersendiri

hapuskanlah air matamu
biar lah kisah duka itu berlalu
mendung hari takkan selalu
sinar bahagia ku pastikan kau kan ketemu.


salam wrt


Nurul

Assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman :)




1st July 2009

bgun seawal 4 pagi, kerana akan bertolak ke airport pada pukul 5 pagi. Alhamdulillah, semua berjaya bgun pagi, jadi tepat jam lima kami bertolak ke auckland airport. flight zu and alia paling awal, iaitu pada pukul 6.45 pagi, manakala ijah, safi and tutu pada pukul 8.35 pagi. sgt lame menunggu di airport. usai solat subuh kami berkenalan dengan salah sorg muslim yg menjaga tempat solat di airport. pak cik tu sgt baik, dia kasi kitaorg buku ttg Nabi Muhammad byk sgt. so dalam tempoh menunggu 8.35 pagi, kami baca buku-buku tersebut. tutu la yg paling khusyuk sekali membaca. *kagum*.

tepat 8.35 pagi, kami bertolak ke christchurch. pemandangan pagi sgt cantik. dapat tgok langit, awan dan matahari. tepat jam 9.55 pagi kami mendarat di christchurch international airport. sebaik sahaja pintu dibuka terasa sgt sejuk sekali. sumpah, sgt sejuk, berbanding dgn auckland. asap berkepul-kepul keluar drpda mulut biarpun didalam bangunan. kemudian kami menuju ke X-base, nak check in, tapi kene tggu kul 1 baru leyh check in. jadi kami tggalkan beg di bilik yg disediakan lalu menuju ke new world tuk membeli groceries. kami beli sardin, spaghetti, roti, jam, telur, beras, gula, choc, biskut, keropok dan macam-macam lagi. usai membeli belah kami berjalan-jalan sekitar bandar christchurch. sgt cantik, bangunan sume ala-ala english style. sgt berbeza dengan auckland. seperti biasa, aktivit amek gambar. masing-masing beria nak amek gambar, siap bawak keluar camera masing-masing. gaya tak leyh blah jugak. yg cekak pinggang, yg depa tgn, yg tunduk skit, yg pura-pura pandang tmpat lain, macam-macam lagi la. haih. tu baru hari pertama da bk gambar, ari berikutnya lagi la byk gambar, naseb masing-masing bawak kamera, kalau tak harap simpan dalam hati je la pemandangan cantik ni sume.

kemudian tepat 1.00pm kami check in. Alhamdulillah, bilik sgt kemas da besar. usai solat zohor, kami bergerak ke dapur tuk memasak. perut masing-masing da bunyi, tambah plak ngan sjuk makin lapar la nampaknye. menu pertama sardin dan telur goreng. kami makan dengan kenyang sekli. Alhamdulillah Allah masih kurniakan kudrat tuk kami memasak dan menikmati makanan. lepas makan, balik ke bilik tuk mandi dan tdur.

after maghrib dan isya, around 6.30pm kami keluar tuk menikmati suasana malam di bndar christchurch. berbanding dgn auckland, bandar christchurch hidup sampai pukul 10.00 malam.jadi kami sgt teruja tuk berjalan-jalan disekitar bandar tersebut. aktiviti mengambil gambar masih diteruskan walaupun berpuluh-puluh gambar kat temapt yg same je. tsk T_T. around 8.30 kami pulang ke base sebab da lapar. oleh kerana da malas nak masak, jadi kami makan maggi je. once again tsk T_T.



2nd july 2009
- bagun seawal 5 pagi sebab snowbus akan mengambil kami di depan x-base pada pukul 7 pagi. masing-masing teruja tuk bermain ski dan snow. ye la first time katekan. tepat kul 7 pg bas dtg dan kami bergerak ke mt hutt. sepanjang perjalanan izzah tdur je, maybe sebab letih, tapi da area kaki bukit izzah bgun tuk tgok pemandangan. sgt cantik. Subhanallah. tak terkata sebab cantik sgt. bila da naik gunung, makin teruja sebab makin putih gunung-gunung tersebut. sampai je kat mt hutt, masing-masing da tak sabar-sabar nak turun nak pegang salji. oh~!!

setelah pinjam kasut seberat 2kg dan alatan ski, kami bergerak ke tempat beginner,tuk cr ski instructor. name die crispy. sgt baik orgnya. kami mulakan latihan dengan belajar mengimbangkan diri menggunakan kasut ski yg berat tu. diajar melompat, melompat sambil berpusing 360 darjah, dan macam-macam gaya lagi la. kemudian di ajar pula mengimbangkan diri dengan papan ski. mula-mula guna sgt susah, jatuh jgn dikira, byk kali kot. bila da seimbang , kami pun diajar trun bukit dgn ski. mula-mula mmg cuak,tapi lame-lame da takde perasaan. safi tuk part first dia ok, trun smooth je. masuk second time die laju sgt, nasib en crispy halang. kalau tak sampai mane ntah safi. kahkahkah. izah jgn cakap, jatuh bape kali ntah, tapi ade sekali tu ijah boleh berhenti cantik punya dan dipuji well done oleh en crispy. oh~!! *clap-clap*

lepas da ok kat bhg bukit rendah kami naik pula bukit yg lbih tggi. this time jgn cakap la, bape ramai org ijah langgar, yg ngah main snowboard pon ijah langgar. paling menyampahkan bile main ski ni, ialah bila jatuh. sebab susah nak bangun balik. berat sgt kasut tu. jadi tak seimbang. so mmg kene harapkan org hulurkan tgn tuk bgun balik. perasaan malu bila jatuh da tade sebab ramai je yg jatuh juga. kah kah kah. habis sakit-sakit badan. tambah plak kasut tu ketat gile, mencengkam abis betis. gerak pun cam robot je. kalau turun tgga mcam org tua sakit pinggang je masing masing. kah kah kah.

around pukul 12.00 kami berhenti rehat. kami mencari tempat tuk solat zohor. rasa sgt teruja tuk solat kat atas salji. akhirnya kami jumpa tempat yg agak tersorok di belakang bangunan tuk solat. usai solat, kami lunch pula. makan roti. walaupun tak mengenyangkan tapi Alhamdulillah ade jugak makanan tuk dimakan dalam keadaan sejuk-sejuk ni. suhu mencecah -6 degree. usai lunch kami sambung balik training. this time masing-masing da improve. da tak jatuh and boleh berhenti cun punya style. siap boleh pusing-pusinglagi time turun bukit. perghhh. around 2.30, tbe-tba bersalji. first time tgok salji turun.sgt cantik. walaupun pada mulanya hanya 'snow white' tapi Alhamdulillah lama-lama kami berpeluang tuk tgok snow flakes pula. ade kawan pernah cakap, tak smua org bertuah dapat tgok salji trun, jadi pada hari tersebut kami rasa sgt-sgt bersyukur kerana Allah bagi peluang kepda kami tuk tgok salji trun. Alhamdulillah.

akhirnya sekitar jam 4.00 petang kami pun bergerak pulang ke christchurch. sepanjang perjalanan kami semua tdur je sebab da terlampau letih. habis sakit semua bahagian badan. sampai shaja di cathedral square, terus balik base and trus memasak tuk makan malam. oleh kerana terlampau letih dan lapar maka kami pun makan nasi lagi malam tu berlaukkan sardin dan telur goreng. setelah kenyang, ape lagi tdur la. ^^








3rd July 2009

- hari ni kami akan mengikuti 'grand tour'. dimana kami akan dibawa melawat ke seluruh kawasan di christchurch. package ni termasuk dengan aktiviti sprti, gondola, punting (sampan), dan trem. walaupun semalam keletihan tapi oleh seba kami amat teruja tuk ber'punting maka hilang suma keletihan. pagi tu jugak sejuk agak melampau. kalau before tu kami masih lagi mampu bertahan dengan kesejukan tapi pagi tersebut kami mmg sgt-sgt tak than. walaupun da pakai thermal kami ttp rasa sejuk. ketai-ketai la. around kul 9 baru gerak. tempat pertama kami pergi ialah canterbury museum. walaupun tdaklah berminat dgn sejarah NZ tapi bila da masuk museum tersebut trus rasa teruja. seronok tgok sejarah nz ni actually. waktu amek subject 104 ade la belajar sikit2 sejarah nz ni tapi taka berapa nak paham, so bila da pergi museum ni barulah rase real,barulah nak paham ape yg dipelajari selama ni. thanx Allah. luv ya~!!.kemudian kami dibawa pula ke kawasan tuk ber'punting'. aktiviti ni la yg paling dinanti-nantikan. rasa amat seronok tuk naik sampan. izzah takut ngan itik, tapi oleh kerana ade alia dan zu yg mengepit izzah jadi tak berasa takut lagi. suasana time punting sgt seronok. nyaman gile. sunyi je, mmg aman la. kepada sesapa yg nak release tension amat dialu-alukan ke chrischurch sebab mmg leyh release tension punya la.

selesai berpunting kami dibawa pula ke kawasan bekas gunung berapi. tuk nek gondola. kalau dlu pernah nek gondola kat rotorua, this time kat christchurch pula. agak kurg bernasib baik kerana kabus tebal hr tu. jadi tak berapa nak nampak pemandangan dr kawasan gunung berapi tersebut. kami lepak kat stu sampai lunch. lepas lunch kami buat aktiviti time tunnel. this time pasal history lagi tapi kali ni gune time machine. best~!!!

after trun drpada port hill kami pergi pula ke lyttleton harbour. menyeberangi port hill gune tunnel, tbe-tbe rasa macam sampai ke alam lain pula. disebalik gunung berapi tersebut terdapat satu harbour. kawasan ni merupakan kawasan pertma dibangunkan. menyusuri london street kami menuju pula ke sumner seaside village. this time kami berpeluang bergambar di tepi pantai pula. mmng tak terungkap la dgn kata-kata betapa cantiknya chirstchurch. kalau di auckland tak berpeluang tuk merasakan suasan english, tapi di christchurch mmg ade rasa english style la. ade plak sebuah restauran yg ala-ala castle. jadi kami tak melepaskan peluang tuk bergambar sebanyak mungkin direstaurant tersebut.

akhir sekali aktiviti kami adalah menaiki tram tuk ke sekitar kawasan chirstchurch. ni la kali pertama izzah naik trem. sgt classic tapi nampak mewah. sekitar jam 4 kami pulang ke base. usai solat kami menuju pula ke bandar christchurch tk cr souvenir. ikut perancangan awal hanya 50 NZD yg diperuntukkan tuk souvenir tapi oleh sebab ade jualan murah baju All black berjenama Adidas maka izzah beli dua tuk abah and afiq. kat kedai tu je izzah da habis dekat 200 NZD. nasib ade simpanan sikit. jadi tak la rase sesak sgt nak membayar.malam tu kami semua keletihan membeli belah, bukannya letih sebab 'grand tour'. haih~!!


4th July 2009

-hari terakhir di christchurch. amat sedih sebab terpaksa meninggalkan kota yg sgt best ni. walaupun pada asalnya org kate christchurch amat buhsan, tapi tdak bagi kami. kami rasa christchurch amat best. tambahan pula byk aktiviti yg kami buat, thats why kami tak rasa buhsan kot. pagi tu masih sibuk berjalan-jalan di arts gallery tuk amek gambar, serta ke botanical garden tuk lunch. sekitar jam 4 kami bergerak ke christchurch international airport. sepatutnya flight kul 10.25 malam, tapi oleh kerana shuttle terakhir kul 4 jadi kami terpksa bergerak ke sane jam 4. 6 jam tersadai kebuhsanan dio airport.mcm2 aktiviti kami buat. pusing2 airport, berkelah makan, dan mengambil gambar lagi. kah kah kah.

tepat jam 10.25 kami berlepas ke auckland. this time nek air bus, jadi rasa lebih selesa sebab luas. sgt sedih meninggalkan christchurch. sob sob sob T_T

overall izzah berpuas hati sgt-sgt dengan winter break kali ni. byk pengalaman baru izzah dapat. banyak kenalan baru izzah kenal serta berpeluang tuk melihat keindahan alam yg Allah ciptakan. semuanya dengan izin Allah, dengan izin Allah izzah mampu bgun jam 4 pagi tuk bergerak ke christchurch, dengan izin Allah kapal terbang tersebut berjaya terbang ke chirstchuch dan pulang ke Auckland. dengan izin Allah izzah dapat bernafas menghirup udara sejuk di christchurch, menyentuh, merasai sejuknya salji serta mcam-macam lagi la. semuanya kerana izin Allah. izzah jugak rasa amat bersyukur sebab tade sape-sape antara kami yg sakit. Alhamdulillah. thanx Allah. ' sesunggunya aku redha dengan smua nikmat yg kau berikan. doaku, semaga aku dimurahkan rezeki lagi tuk 'jaulah' ke seluruh bumi aotearoa ni.amin.


salam wrt,

Nurul
Assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman ;)

apa khabar kalian semua? [ceyh bajet blog diminati oleh org ramai plak ], saat izzah manaip bait-bait cinta ini, izzah da pun habis exam.[ erkk, macam menulis surat wasiat la plak, tsk T_T ]. ok hentikan izzah. baiklah, sudah, rabu, khamis, jumaat, sabtu, dan ahad [ sambil mangira jari]. oh sdah 5 hari sy habis exam [muka bersinar-sinar]. tapi kenapa sy sungguh malas nak hupdate ini belog? sungguh pelik bukan? ini sudah tidak masuk akal. tgh-tgh exam, berbakul-bakul idea tuk diluahkan di blog, tapi bila da habis exam otak sy seperti ikan kering pula .oh kenapakah?

setelah diteliti, rasanya ade beberapa sebab sy jadi malas nak hupdate ini blog:

1. busy mengemas bilik yg da jd mcam tongkang pecah selama 3 minggu. penuh dengan buku-buku ilmiah biology yg tebal mcm kek carrot. [ erkk ape kaitan buku dengan kek carrot? ]

2. kecewa dengan machine basuh yg out of order, jd tak leyh basuh baju wat sementara waktu. semlam da ok, tapi malangnya ramai sgt yg guna jadi tak berpeluang menggunakan machine tersebut walaupun didepan pintu bilik. sungguh sadis kisah ini tsk T_T.

3. busy memasak. seolah-olah membalas dendam dengan minggu exam yg tak leyh makan sedap-sedap, jadi bila da habis exam masak puas-puas. habis semua menu nak try. 24 jam duduk dalam dapur. sampai jiran-jiran tetangga berasa kagum dengan semangat memasak kami. apekah kami sudah ready tuk berkeluarga? tepuk dada tanyalah perut.

4. busy melayan movie setiap malam, berserta dengan anime detective Q di waktu ptg. salah kan azurin, kerana mempengaruhi sy tuk menonton anime diwaktu ptg, utk pengetahuan semua dia tak habis exam lagi, sy je yg da habis exam. oii azurin study, ape ni tgok anime?. aha bercakap pasal movie, di residence kami, terdapat satu rak besar yg ade byk cd.jadi sepanjang minggu exam kami hanya curi-curi pandang movie-movie tersebut, jadi bila da habis exam kami tak curi-curi pandang lg, tapi terus meminjam seorg dua, jadi kalau da 5 org ade sepuluh cd setiap malam tuk ditonton. jadi kalau anda nampak status sy di ym [sleepover party] tndanya sy tgh tgok movie bersama kawan-kawan. jgn buzz, kerana akan menganggu konsentrasi kami melayan movie kejam. opocot mak kau~!!

5. busy membeli belah brg-brg tuk ke south island. sy skrg di north island [auckland], jd sy perlu naik pesawat jetstar tuk ke south island [christchurch] bersama-sama 4 org sahabat pada 1 july hingga 4 july [ main point disini sy bercuti dr 1-4, bukan pasal pesawat tu]. yosh~!! kami sgt teruja tuk ke sana, memandangkan disana kami akan bermain dengan salji-salji putih mcam saya [ erkk, penulis belog ini cuba membuat kenytaan palsu disini, dia hitam tidak putih spt salji ok?] . aha~!! becakap ttg salji. selama 3 jam kami akan berlatih dengan seorg couch handalan drpda mt hutt agency, kemudian diteruskan pula dengan aksi pertarungan sengit antara pemain ski handalan malaysia bernama nurul izzah dengan pemaian handalan drpda nz selama 4 jam [ perasan-perasan oh T_T ]. kemudiaan keesokan harinya, kami akan menaiki sampan ala-ala di kota venice padahal kami di kota christchucrh sebenarnya. malangya percutian ni bersama kawan-kawan jadi tade istilah romantikus ye. ohh, nampaknya perlu berkahwin, agar naik sampan nampak sungguh romantik ala-ala di kota venice. emm satu hari tu bukan setakat naik sampan romantikus ni je ye kawan-kawan, tapi kami akan dibawa mengelilingi chrisctchurch menaiki bus, trem, dan gondola juga. nantikan gambar sy ok? [ sekali lagi bajet diri ini popular, oh tolonglah izzah~!! T_T]

6. busy memikirkan aktivit-aktiviti terakhir usrah kami. sob sob sob T_T. sunnguh sedih hati ini. tapi takpe, bertemu dan berpisah kerana Allah, jadi tak perlu rasa sedih. ye ~!! kene happy, kene happy tuk merakam saat-saat manis bersama ahli keluarga insyirah. oh~!! syg kamu smua insyirah. nanti kita pergi amik gambar byk-byk ye. pastu izzah akan buat video, memenuhi permintaan kak norli tersyg. ^^

7. teruja dengan perlawan rugby yg bakal ditonton secara live pada 18 july nanti. sebenarnya teruja tuk buat haka bersama-sama peserta 'tuff' rugby, siap stiap hari menghadap nota haka nz yg ditampal didinding. bajet nak hafal sume bait-bait tersebut, tapi sy tak hafal pon. drpda hafal haka tu lebeyh baik hafal surah tau. dapat pahala ^^. hehehe

ok, ni la 6 sebab sy jadi malas nak update blog. ade byk lagi actually, tapi cukuplah setakat 6 ni je yg di share. nanti bile rajin update lagi. maybe after balik dr christchurch. before end kan note ni, nah tgok la gambar masakan sy dan alia selepas exam. che mek, sushi and nasi lemak versi nz. tade dekat malaysia. hehehe =P




salam wrt,

Nurul
assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman ;)

rasa terpanggil bila membaca comment drpada my darls (paani and ain) pasal previous entry, tak sangka sampai macam tu sekali rupenya situasi di malaysia. tapi bila difikirkan balik ade beberapa perkara yg menyebabkan benda-benda mcm ni terjadi, antaranya:

budaya
ye kita selalu membudayakan sesuatu perkara tu. semenjak izzah ade kat sni izzah mmg perasan la yg byk perkara yg kita selalu budayakan kat malaysia tu. sbg cthnya, pasal usrah ni la. ramai org bila di sebut ttg usrah mereka akan fikir bnda ni extreme. ye, tak dinafikan izzah pun dlu mula-mula ade fikiran macam ni, tapi reality nya mmg berbeza. cba fikir? kenapa kita tak boleh extreme dalam islam? kenapa mesti sedang-sedang saja? kalau bab lain, seperti bola, internet, shopping boleh pulak nak extreme, ironi seklai bukan? bukan kah agama tu bnda paling ptg dalam setiap perkara yg kita buat, Allah tu no 1. sedarlah kita kene ikut acuan islam, bukan islam yg ikut acuan kita. kalau kita tak extreme, jadi byk bnda yg haram, kita halalkan sbg cth, pemakaian, mmg bertutup semua, bertudung, berlengan panjang, berseluar penuh, tapi sygnya ketat, menampakkan habis susuk badan, jadi kat situ samalah seperti tidak menutup aurat. skrg ni byk sgt bnda yg kita selalu buat bertentangan dengan agama islam, menyedihkan bila kita tau bnda tu berdosa tapi kita masih kalah, tunduk dan patuh pada syaitan. perumpamaanya samalah seperti, babi, kalau kita samak dia, kita sembelih guna cara islam, adakah babi tersebut halal dimakan? Tak-kan, babi ttp haram. jadi kalau bnda da haram jgn la buat. walaupun kita kata bnda yg kita buat tu tak melampau tapi kalau da termaktub dalam Al-Quran bnda tu haram, jadi mmg sah haram.so camne nak cegah bnda-bnda tak elok camni? dengan adenya aktiviti-aktiviti agama seperti usrah, daurah and etc. bnda-bnda ni lah yg boleh menyedarkan kita kembali agar kembali ke jalan Allah. kita insan yg lemah, tak sempurna dan sering lalai, bila kita ditimpa masalah, barulah kita sibuk sibuk nak igt pada Allah, menyesali setiap perbuatan kita, tapi pernah tak kita nak beringat sebelum membuat kesalahan? jrg sekali bukan. nak harap diri sendiri yg mengingatkan mmg payahlah, ini kerana syaitan pernah bersumpah tuk menghayutkan kita. syaitan bijak, byk sgt cara dia nak pujuk rayu kita, jadi disinilah kita memerlukan dakwah dan tarbiyah. kita memerlukan dakwah supaya kita sering diingatakan. ni nak share sthg ni:


ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” [ Ibrahim 14:22]

izzah lepas baca ayat ni mmg terkesan la. betapa menyesal nye kita bila kita da ikut syaitan, kita slahkan syaitan di hari akhirat kelak, tapi syaitan menyalahkan kita kembali. jadi sudah terang lagi nyata jgn lah kawan dgn syaitan. and nak tambah skit lagi, syaitan tu tak semestinya dalam bntuk makhluk yg hodoh tu je, kdg kala, manusia sendiri boleh jadi syaitan, jadi jgnlah kita ikut syaitan yg bertopeng manusia ni. nak lagi jelas baca surah An-Nas. ayat ke-enam.

sambung balik, paling menyedihkan bila kdg kala aktiviti-aktiviti agama ni kita politikkan. bila adanya dakwah, dikatakan gerakan pas. padahal, tak semestinya macam tu. ni lah masalah kita sekarang selalu membudayakan sesuatu perkara tu. padahal usrah tu mcam aktiviti keluarga. something yg relax. usrah tak semestinya mesti duduk secara formal. dlam usrah boleh beriadah, boleh makan-makan, boleh berborak-borak tapi mesti ada pengisian la. ini la borak dalam islam. borak yg boleh beri kita pahala dan pada masa yg sama mencari redha Allah. usrah boleh dikira sebgai satu majlis ilmu. tahu tak, dalam majlis ilmu, kalau kita mohon keampunan Allah, iA di makbulkan. tak nak ke peluang keemasan camni? kalau nak terang fadhilat majlis ilmu mmg tak terhitung la. terlalu byk. sampai kdg kala bila izzah fikir-fikirkan balik, ruginya izzah selama ni, da 21 tahun hidup di bumi Allah, tapi berapa bykla majlis ilmu macam ni izzah join,oh! so selagi Allah kasi pinjam nyawa ni, izzah akan usaha join majlis-majlis ilmu macam ni. izzah ni ske sket berimaginasi,-layankan aje ek, ok, cba bygkan, andai katalah sudah ajal kita kan, tapi di beri pilihan dua keadaan mati, satu mati kat dalam majlis ilmu, satu lagi mati kat dalam concert jom heboh, so cra mati mane yg korg nak? , mesti nak mati dalam keadaan yg baik kan? takkan nak mak ayah kita jawab kat kawan kawan-kawan diorg, " sob sob sob, anak aku mati time pergi konsert jom heboh" oh sadis betul~!! igt mati itu satu kepastian, mungkin sesaat lagi kita akan pergi tggalkan dunia ni buat selamantya. sekurang-kurangnya biarlah kita mati dalam keadaan kita menyumbang sesuatu kepada islam. so biarlah apa org nak kata pasal usrah-usrah ni, yg ptg kita tak rugi apa-apa kalau join majlis ilmu. apa yg nak dikejar sekarang ni Akhirat, tapi jgn lupa pada dunia.

so kepada ain dan paani, korg jgn sedih, walaupun kat uni korg tade usrah, tapi tak semestinya korg terhalang tuk dapat ilmu-ilmu ni. byk sgt cara yg boleh korg dapat ilmu-ilmu ni, penulisan org kat blog, prog-prog agama kat tv, buku-buku and macam-macam lagi la. yg ptg jgn bagi alasan je. bnda da ade depan mata, kita yg kene gerakkan diri kita tuk dapatkan bnda ni. jgn jadi mcm izzah, cuba menjauhkan diri, nasib baik tak jauh betul betul, nasib ada sahabat yg tarik izzah balik. kalau tak nau'zubillah. iA, balik Malaysia nanti, kalau diizinkan Allah, izzah bleh je nak share ngan korg ape yg izzah dapat time kat sni. kita gi makan-makan, berkelah ke, tak pun izzah ziarah korg kat uni. "drpada kita lepak-lepak tak dapat pahala, lebeh baik kita lepak-lepak dapat pahala and redha Allah"

k lah sampai sini dlu, byk lagi actually perkara yg kita budayakan, tapi da tak larat nak type. nanti kalau ade masa lagi izzah share ape lagi perkataan yg kita selalu budayakan. ok mahu tidur. jzkk.

salam wrt,



Blog Widget by LinkWithin