:: sayonara jahiliyyah ::


Assalammualaikum ;)

may this note find you in the blessing of Allah and in the best of health and iman;)


" wahai orang-orang yg beriman!! masuklah kamu kedalam agama islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagi kamu " [ Al-Baqarah 2:208]

berdasarkan ayat Allah tersebut, lagi terang tak perlu bersuluh lagi, apabila akidah kita adalah islam, maka kita hendaklah masuk islam itu sepenuhnya, INGAT kita lah yg kene ikut acuan islam bukan islam ikut acuan kita. INGAT harus ditinggalkan jahiliah, yakni, amalan SELAIN DRPADA ISLAM. rasenya tak perlu diterang dengan lebih lanjut lagi krna sy yakin kalian mesti tahu hukum Allah tu, ape yg telah disumpahkan oleh Allah didalam Al-Quran.

FAHAMILAH ayat-ayat Allah itu dengan HATI, lihat dengan mata, dengar dengan telinga, kalau tak percaya lagi bukak tafsir bace ayat ni [ 7:179]. apa guna nikmat tersebut kalau digunakan tuk CINTA DUNIAWI tapi Al-Quran tolak tepi. sungguh ironi bukan?

hari ini

hari ni tba-tba rase terpukul dengan tindakan org yg bukan islam yg sudah terang lagi nyata amalannya tidak diterima Allah tapi masih boleh bawak bible tuk dibace dalam kelas sebelum mulanya lecture, tapi kita? mengumpat, bersembang sebelum mula kuliah. sungguh memalukan~!!! berapa saat lah kita gunakan dalam sehari tuk ayat-ayat Allah.oH!

lagi

hari ni tba-tba sy rase terpukul melihat muslim di Malaysia, mengadakan parti seks di malam merdeka, pasti arak di malam new year, sungguh bangga mereka melalak-lalak di dataran merdeka bagai org gila, meraba-raba awek bagai perempuan tu penari show girls di NZ ni, menggoyang kan punggung mengikut alunan muzik, OH!

OH-OH

sedar tak kau budiman kau koyak Al-Quran tu, sedar tak wahai budiman????????. nape aku kate begitu, sebab tak rase ke bila kita buat benda yg bercanggah dengan islam sama la seperti kita buang hukum Allah tu. ibarat kita koyak Al-Quran tu. nabi Muhammad punya la susah payah dapatkan ayat-ayat tersebut, turun naik gua hira', sahabat-sahaba pula menghafal serta membukukannya, kau pulak sedap-sedap koyakkan Al-Quran tu. ape kau tidak punya perasaan ke budiman? kau kalau org carik-carik kulit kau sakit tak? sakit kan? begitu la rasenye org yg percaya dengan Al-Quran rase bila tgok perbuatan kau. rasa bagai dicarik-carik hati ni. oH!

ok da tade bende nak diterang lagi, pegang je ayat Al-Baqarah kat atas tu. igt islam tak leyh ditambah atau dikurg, takde nak masuk separuh-separuh ni, kalau da kate kau islam, ikutlah jalan islam. tade selekoh-selekoh. tade nak tggu hidayah Allah baru nak berubah, igt hidayah tu perlu dicari bukan menadah je, kalau tak tahu, belajar, pergi berguru dengan mana-mana ilmuwan, bukannya tade masjid kat malaysia tu, bukannya tade majlis-majlis agama kat malaysia tu, bersepah kot. bukannya tade usrah kat malaysia tu, tapi kau tu yg EGO sgt tak nak join. pikir org-org2 yg mcm ni extreme, tak modern la kalau ikut bnda camni, tak up to date. kau tu la tak up to date actually, tak up to date ngan ayat-ayat Allah.

ok tba-tba emo malam ni. sebab tgh bergetar jiwa tgok video tadi. walaupun da beberapa jam berlalu tapi masih sakit hati. pape ak tak bnci kau budiman, ape hak ak tuk judge manusia, sebab aku pun manusia, ak hanya nak kongsi cerita dengan org yg sudi nak dgr. supaya dapat dijadikan pengajaran. mungkin dengan sikap kau ni, dapat menyedarkan sepuluh org yg hampir jatuh ke kancah yg same dengan kau. oh!! aku harap satu hari nanti kau akan berubah, maybe lebih bgus drpda aku. igt kita semua ade jahiliah dalam diri, mcam aku, aku ade jahiliah juga, tapi tak bermakna ak kene tggu je hidayah jatuh gedebuk baru nak tggalkan jahiliah, ak kene cari mende tu, ak kene berusaha dapatkannya, ak kene bermujahadah, kene istiqamah. oh!! aku harap punya kekuatan hingga akhir hayat. iA. yakin dengan Allah, pasti dipermudahkan.

igt takpe kene berkorban di dunia, tak leyh itu ini, tapi kat akhirat kelak, kau akan lupa susah payah yg kau alami didunia ni. tak caye, cuba pikir, bygkan ek, kate la kite ni miskin pape kedana gila lah, pastu tba-tba kita dapat duit yg byk, terus kaya raya, time kau senang tu ade kau nak igt time kau susah-susah dlu, tak nak kan? da senang watpe nak pikir yg susah-susah. samela konsep ni bila kau di syurga kelak, kau da dapat segala nikmat yg tak boleh kau buat kat dunia dulu, takde nye kau nak igt kesakitan kau dlu. so pe yg kau perlu buat sekarang, just, bersabar, berkorban demi hidup yg infinite. hidup yg tak de penghujungnya. semoga kita semua dapat nikmat itu semua. oh!! manisnya.

ok sampai sini dahulu. jzkk.


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Hadis Rasulullah saw; tiga perkara yg sesiapa memilikinya, maka die memperolehi kemanisan iman; Allah dan Rasulnya lebih dikasihi olehnya drpda selain keduanya, dan tidak mengasihi seseorg melainkan kerana Allah, dan dia benci utk kembali kepada kufur sebagaimana die benci utk dilontarkan kedalam api" [ riwayat Al-Bukhari]

salam wrt,

5 comments:

✖₪ F A R H A N I ₪✖ said...

Olat! insaf aku bce entry ko nih.. thax ya~

Nurul said...

same-same =), ni yg bolat dapat time usrah, so kene share ngan kamu smua. thanx coz bace ye ^^

k h a y said...

mek, kamo bile dpt usrah neh kan.. menceritakan balik la ek? ke mcm dpt mcm kertas2 ke mcm tu then type semua ya?? =)

tq 4 sharing btw. =)

Nurul said...

khay: emm usrah selalu tade gune kertas2 ni, naqibah kasi issue then bincgkan. die mcm perjumpaan keluarga. kalau daurah selalunye ade kertas and ade ustaz yg bincgkan issue. kalau usrah selalu die ajar bnda2 yg asas cth: belaja ttg niat berdasarkan hadith satu, then kadang2 belaja fahamkan ayat-ayat al-quran berdasarkan tafsir. pastu kdg2 ade aktivit berbasikal, riadah, makan-makan, jalan-jalan round nz n mcm2 ag. die macam keluarga la. mcm ngan adik beradik perempuan. daurah lak mcm perjumpaan keluarga besar. perjumpaan semua usrah. =)

u r welcome =)

Nurul said...

khay: tuk yg post ni, ijah gune ayat sendiri khay. hasil kefahaman izzah =)